Isnin, 11 April 2011

SD2 Tips – Makanlah Sebahagian Besar Makanan Anda Pada Waktu Awal Siang

Dipetik dr http://slimdiet2.org

Adelle Davis pernah berkata “Makanlah sarapan pagi seperti raja, makan tengahari seperti putera raja dan makan malam seperti seorang pengemis” atau dalam bahasa inggerisnya, “Eak breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper.”

Apa yang dikatakannya adalah betul sebagai amalan didalam cara pemakanan yang sihat terutama sekali jika anda berdiet.

Satu analisa penting telah dibuat dimana orang-orang yang diberi makan 2,000 kalori makanan untuk sarapan pagi (dan tidak memakan apa-apa lagi untuk hari itu), berat badan mereka menurun; akan tetapi apabila mereka diberi makan dengan jumlah makanan yang sama pada waktu malam, berat badan mereka meningkat.

Cuba babarkan (spread) makanan & cara makan anda pada siang hari untuk menjaga kadar gula dan insulin didalam badan supaya stabil tetapi jangan mengambil makanan berlebihan pada waktu malam.

Namun begitu, anda juga harus ingat bahawa jika anda berdiet SD2, janganlah biarkan diri anda berlapar dan boleh makan untuk mengalas perut walaupun pada waktu malam. Yang penting disini anda kena faham bahawa kita bukan tidak boleh makan, tetapi apabila kita makan, banyakkan makan pada waktu siang dan kurangkan makan pada waktu malam.

Jika tidak makan apa-apa langsung & berlapar adalah kesalahan didalam berdiet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan