Jumaat, 16 April 2010

Alpha Lipid Adalah Makanan Tambahan



Ramai yang telah menggunakan Alpha Lipid Lifeline sebagai "Breakfast Drink" telah mengalami pemulihan atau kesan positif terhadap tahap kesihatan mereka.Memang tidak mustahil ramai yang meminumnya kembali kepada tahap kesihatan yang sempurna. Ada yang meminumnya pulih dari lumpuh akibat strok atau masalah saraf.

Ada yang masalah gout telah dapat dipulihkan.Pemulihan sebegini adalah biasa kerana anda mengamalkan pemakanan kesihatan KOLOSTRUM yang sememangnya semulajadi dan amat berfaedah kepada manusia.Cuma Janganlah Anggap Alpha Lipid Lifeline ini sebagai UBAT. Ia Bukan UBAT. Cuma ia adalah MAKANAN kesihatan.Ianya ciptaan atau anugerah ILAHI kepada manusia.

Saya berharap kepada semua para pengedar Alpha Lipid Lifeline supaya memberitahu atau menasihatkan para pengguna bahawa ianya BUKAN UBAT. Sebab itu jika mereka meminum Alpha Lipid Lifeline mereka harus minum setiap hari paling kurang cubalah selama 3 bulan(3tin biasanya) untuk seorang.

Kenapa Alpha Lipid Lifeline tiada kelulusan KKM?Ini soalan biasa yang kami terima dari para pengguna.Oleh kerana Alpha Lipid Lifeline adalah MAKANAN kesihatan sama macam kategori MILO, ANLENE, Susu Dutch Lady dll....so tidak perlu ia didaftarkan di Bahagian Farmasi,Kementerian Kesihatan Malaysia. Cuma ia tertakluk dibawah Akta Makanan.Hanya ubat-ubatan beracun dan ubat tradisional MESTI didaftarkan menurut Akta Jualan Dadah 1952, dibawah kawal selia Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. (http://www.bpfk.gov.my)Saya dulu pernah bekerja di BPFK, Petaling Jaya pada tahun 1998-99.

Saya bekerja di bahagian Penilaian Kawalan Ubat dan Pendaftaran Ubat. Memang Alpha Lipid Lifeline ini adalah serbuk kolostrum , sejenis susu awal lembu, so TIDAK lah perlu atau TIDAK BOLEH diKategorikan sebagai UBAT.Cuma kini ramai yang menganggap ianya seperti UBAT. Ini adalah kerana ramai yang sakit dan kini dah pulih dari masalah kesihatan mereka.

Saya menyeru kepada para pengedar supaya menerangkan kepada prospek atau bakal pelanggan bahawa Alpha Lipid bukan boleh memulihkan pelbagai penyakit, seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Stroke, Gout, Atritis, Migraine, dll....ia cuma Makanan Kesihatan yang amat berfaedah kepada manusia.

Jangan jadikan UBAT-UBATAN sebagai Makanan Anda...Jadikan Makanan Kesihatan seperti Alpha Lipid Lifeline sebagai makanan harian anda..

( Petikan ini dipetik daripada Blog Wan Hamidi . Seorang Ahli Farmasi dan Juga Pengedar Alpha Lipid Lifeline )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan