Jumaat, 16 April 2010

Telur - Makanan Lengkap & Sempurna Untuk Pengamal Diet SD2



Telur mengandungi nutrisi yang lengkap dan seringkali dipanggil sebagai makanan yang cukup sempurna lebih-lebih lagi untuk pengamal diet SD2. Sebiji telur mengandungi 70 kalori, 6 gram protien, kurang dari 1 gram karbohidrat, 4.5 gram lemak dan kaya dengan vitamin dan minerals. Sebenarnya, satu-satunya bahan yang tidak ada langsung didalam telur hanyalah Vitamin C.

Sebiji telur juga mengandungi 215 milligram kolesterol. Namun begitu kolesterol yang dimakan tidak semestinya terus menjadi kolesterol didalam darah manusia. Kebanyakan kolesterol yang ada didalam darah manusia adalah dibentuk oleh badan kita sendiri dan bukan dari apa yang kita makan. Jumlah kolesterol yang terbentuk oleh badan kita adalah kerana faktor berat badan dan juga keturunan. Sekiranya anda menjaga kandungan karbohidrat yang rendah didalam badan anda apabila menjalani program diet SD2, maka kolesterol didalam telur tidak akan mengakibatkan apa-apa risiko kesihatan kepada anda.

Ada beberapa sebab yang baik kenapa pemakanan telur sudah meningkat. Kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang berkolesterol tinggi seperti kuning telur adalah bukan sebab sebenar kandungan kolesterol didalam darah meningkat. Satu kajian yang telah dibuat oleh penyelidik di Michigan State University menunjukkan bahawa orang yang memakan 4 biji telur atau lebih seminggu mempunyai kandungan kolesterol yang lebih rendah daripada orang yang tidak memakan telur langsung. Orang yang memakan banyak telur mendapat nutrisi makanan yang lengkap kecuali Vitamin B6 dan fiber jika dibandingkan dengan orang yang tidak kerap memakan telur.

Kuning telur juga adalah sumber nutrisi yang kaya. Ia adalah diantara satu-satunya makanan yang membekalkan Vitamin D dan juga membekalkan riboflavin, folate, vitamin A dan selenium yang secukupnya. Adalah lebih bermakna untuk melengkapkan pemakanan kita dengan sumber pemakanan yang cukup dengan kuning telur ini daripada hanya memakan putih telur atau kolesterol-free egg subsitute. Produk gantian telur ini sebenarnya adalah putih telur dengan campuran bahan pewarna (untuk meniru warna kuning telur), perisa tiruan, rempah, vitamin dan mineral (untuk mengganti dari apa yang terdapat pada kuning telur), agen dan stabilizer makanan.

Ingatlah, selagi kita tetap mengambil dan menjaga kandungan karbohidrat yang rendah dari makanan kita, kita boleh mengambil lemak yang sihat seperti telur termasuk kuning telur disamping ia tetap merendahkan kandungan kolesterol didalam darah kita.

Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2.

By: Kamarul Nordin

Inginkan maklumat lanjut, hubungi saya di talian 019-4631503

Tiada ulasan:

Catat Ulasan