Ahad, 7 November 2010

Adakah Memakan Banyak Daging, Butter Dan Cheese Semaa Berdiet SD2 Akan Meningkatkan Kolesterol??


Sebenarnya, apa yang berlaku adalah disebaliknya. Kebanyakan orang yang mengambil pemakanan rendah karbohidrat telah mengalami keadaan LDL yang menurun, yaitu kolesterol jahat yang menyebabkan pengumpulan plaque pada salur darah dan juga penambahan HDL, yaitu kolesterol baik yang diperlukan untuk melindungi jantung kita.

Dan kebanyakan orang yang melakukan diet rendah karbohidrat akan menghadapi penurunan kandungan triglycerides (sejenis lemak didalam darah) yang cepat. Jika kita menjalani diet rendah lemak atau low fat sahaja (selalunya masih mengambil karbohidrat yang tinggi) maka ini tidak sangat membantu kerana kandungan triglycerides akan meningkat dan HDL akan menurun dan ini adalah berlawanan dari apa yang kita perlukan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita mengalami keadaan triglycerides yang tinggi dan HDL yang rendah adalah petunjuk yang pasti yang kita akan menghadapi penyakit jantung dan stroke. Kajian juga telah menunjukkan diet rendah karbohidrat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Diet Rendah Karbohidrat Mengurangkan Kolesterol Jahat Dan Risiko Penyakit Jantung.

Untuk keterangan lanjut hubungi sy Safinas 019-4631503
Email : safinasyaacob@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan